Cari @ Amanz

Microsoft Surface Duo adalah telefon pintar pertama daripada Microsoft yang hadir dengan dua skrin dan boleh dilipat. Ia sudah pun hadir dengan dua generasi, dengan model terkini adalah Surface Duo 2. Peranti ini menjalankan sistem operasi Android dengan kerjasama Microsoft dan Google.

Ia mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia adalah satu peranti yang unik. Paten terkini yang Microsoft daftar adalah sebuah peranti dengan satu skrin yang boleh dilipat – akhirnya selari dengan pesaing yang sudah pun memasarkan peranti dengan skrin boleh lipat.

Peranti ini mempunyai satu skrin dan boleh dilipat sehingga 360 darjah. Ia boleh dilipat ke dalam dan keluar. Apa yang membuatkan peranti berbeza dengan Oppo Find N, Samsung Galaxy Z Fold, Xiaomi Mi MIX Fold adalah ia tidak mempunyai kesan lipatan.

Engsel pada peranti ini mempunyai sejenis plat untuk menyokong skrin ketika dibuka dan dilipat. Ini bukan sahaja membolehkan skrin menjadi lebih imersif, tetapi engsel juga adalah lebih tahan lasak berbanding pesaing. Buat masa ini ia hanyalah satu paten dan tidak pasti jika ia akan menjadi rekaan kepada Surface Duo 3 akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd