Kuo – AirPods Pro Generasi Kedua Akan Kekal Dengan Sambungan Lightning, Tiada USB-C

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirPods Pro 2 dijangka akan menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar baharu, termasuk sokongan memainkan audio nirhilang, selain ciri berkaitan kesihatan terus padanya. Ia dijangka turut akan hadir dengan rekaan baharu dan akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2022.

Dalam ciapan oleh Ming-Chi Kuo, beliau menyatakan yang AirPods Pro 2 kini dalam fasa produksi pada skala besar di Vietnam. Ia dikatakan adalah antara yang terbesar di luar China. Perubahan produksi ke Vietnam adalah kerana persekitaran yang lebih baik dan sumber pembekal yang tidak rumit.

AirPods Pro 2 turut dikatakan mungkin akan kekal dengan port Lightning dan tidak akan menggunakan USB-C. Dengan AirPods Pro sekarang sudah ada MagSafe, tidak terkejut jika generasi seterusnya ini turut akan hadir dengan ciri yang sama.

Acara WWDC 2022 akan berlangsung pada 6 Jun akan datang, kita mungkin akan melihat sesuatu berkaitan AirPods pada acara ini. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami