Pengeluaran iPhone 14 Dilaporkan Terjejas Disebabkan PKP Di China

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di China, perintah kawalan pergerakan dilakukan dalam mengekang Covid-19, dan menjadikan China kekal dengan sifar kes Covid-19. Disebabkan oleh perkara ini juga, pelbagai pengeluaran terjejas – membawa kepada kesan berangkai pada pelbagai industri.

Salah satu yang turut terjejas adalah penghasilan dan pembangunan iPhone generasi baharu. Ia dikatakan Apple telah meminta pembekal mempercepatkan pengeluaran dan pembangunan supaya dapat memenuhi permintaan.

Menurut Reuters, sekurang-kurangnya satu telefon baharu terjejas dan kini dibelakang jadual yang ditetapkan.

Apple sedia meramal pengeluaran dan permintaan di China akan terjejas disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Mengikut semakan di Apple Store Malaysia sendiri, beberapa produk memperlihatkan tempoh penghantaran yang lewat – termasuk MacBook Pro yang memperlihatkan jadual penghantaran sekitar Julai kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami