Google Dilaporkan Sekali Lagi Tangguhkan Pixel Fold

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa pengeluar telah pun hadir dengan telefon boleh-lipat masing-masing, dan bagi peminat Android, semestinya telefon keluaran Google dinantikan.

Telah diperkatakan sejak tahun sebelum-sebelum ini sebagai Pixel Fold, kini ia dikatakan ditangguhkan lagi pelancarannya.

Ia dikatakan Google menangguhkan pelancaran Pixel Fold kerana tidak berpuas hati dengan produk akhir telefon boleh-lipat berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah kita akan melihat telefon boleh-lipat Google secara rasminya.

Pada acara Google I/O yang diadakan baru-baru ini, Google sekadar memperlihatkan akan memperkenalkan telefon Pixel 7 mereka tidak lama lagi, dan sebuah tablet pada tahun 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami