Apple WWDC 2022 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi – iOS 16 Akan Datang

Diterbitkan pada Mei 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu acara tahunan dibawah Apple yang dinantikan ramai setiap tahun adalah Apple WWDC. Acara memfokuskan pembangun ini sering memperlihatkan pelbagai ciri baharu yang ditawarkan untuk pengguna dalam bentuk perisian – termasuk iOS, MacOS, WatchOS, dan sebagainya.

Untuk tahun ini, Apple akan mengadakan acara berkenaan pada 7 Jun 2022, sekitar pukul 1 pagi waktu Malaysia.

Acara ini akan berlangsung sepanjang minggu dengan pelbagai perkongsian memfokuskan para pembangun.

Pada tahun ini, Apple dijangka mengumumkan sistem operasi iOS16, iPadOS 16, macOS 13, tvOS 16 dan juga watchOS 9.

Tim Cook

Apple kini menyediakan aplikasi khusus Apple Developer pada App Store bagi memudahkan anda mengikuti jadual untuk acara WWDC 2022, dan melihat pelbagai pengumuman berkaitan dengannya.

Seperti biasa, kami di Amanz juga akan berkongsi pelbagai pengumuman terkini dari acara berkenaan di laman dan aplikasi Amanz.

komen


© Amanz / 2022 Kami