Google Docs adalah alternatif percuma kepada perisian Microsoft Words yang boleh diakses dengan mudah menggunakan pelayar. Oleh sebab itu dari segi ciri ia masih di belakang apa yang mampu ditawarkan oleh Words. Pagi ini Google mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan diberikan kepada pengguna Docs.

Ciri pertama ialah pengguna boleh memilih lebih dari satu bahagian pada teks untuk diformat kepada rekaan tertentu. Pengguna Windows perlu menekan Control untuk memilih lebih daripada satu bahagian teks dalam Docs. Pengguna Mac pula perlu menekan butang Command.
Seterusnya pengguna boleh mengubah format yang sama pada kesemua bahagian teks yang menggunakan format yang sama. Sebagai contoh format untuk Header 1 yang telah diubah kemudian digunapakai pada bahagian lain dalam dokumen yang turut diformatkan ke Header 1 sebelum ini. Ciri-ciri akan diberikan secara berperingkat alam masa 15 hari bermula 25 Mei.