Sehingga hari ini, tablet terbaik masih lagi iPad kerana sistem operasi iPadOS yang mudah digunakan, padat dengan ciri yang menarik serta fungsi yang benar-benar berguna. Tablet untuk Android masih dalam proses untuk menjadi seperti iPad dengan Android 12L dan Android 13.
Tetapi kedua-dua tablet ini berkongsi masalah yang sama, iaitu tiada aplikasi kalkulator tersendiri yang sesuai digunakan untuk skrin besar. Google baru-baru ini menyelesaikan masalah ini dengan aplikasi kalkulator mereka Google Calculator versi 8.2.

Ia kini hadir dengan antaramuka sesuai dengan skrin besar dengan mempunyai dua bahagian satu yang utama dengan nombor, simbol dan sebagainya. Sementara yang kedua adalah ruangan sejarah kiraan yang telah dilakukan. Ia tidak lagi memakan keseluruhan skrin dan menjadikan semua butang dan digit besar.
Rekaan sudah semestinya mengikut rekaan Material You seperti sebelum ini.