Mark Zuckerberg : Metamesta Akan Membawa Kepada Perbelanjaan Tinggi Untuk 3 Ke 5 Tahun

Diterbitkan pada Mei 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan akan melabur secara drastik dalam perancangan metamesta, yang mana sekaligus membawa kepada “kerugian” yang tinggi dari segi pendapatan untuk tempoh tiga ke lima tahun akan datang.

Mark sendiri sebelum ini pernah berkongsi mengatakan perancangan untuk metamesta ini akan mengambil tempoh sekitar 10 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.

Mark Zuckerberg

Sejumlah perkara perlu diambil-kira sebelum keuntungan dapat dijana daripada metamesta – termasuk memastikan akses kepada peranti dan perkakasan berkaitan adalah mampu-milik dan mempunyai capaian yang menyeluruh.

Buat masa ini, Mark Zuckerberg menyasarkan mereka menjana pendapatan dan peningkatan dari segi pendapatan melalui perkhidmatan video seperti Reels.

komen


© Amanz / 2022 Kami