Tecno Pova 3 Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh Dan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Mei 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ia mungkin jenama yang kurang dikenali ramai, tetapi peranti keluarannya turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Paling terkini, mereka hadir dengan Phantom X yang dilengkapi dengan dwi-kamera swafoto dan boleh didapati pada harga RM1499.

Bercakap lebih lanjut mengenai Tecno, kini mereka hadir dengan Pova 3 yang lengkap dengan kapasiti bateri cukup besar 7,000mAh. Turut melengkapi peranti ini adalah skrin 6.9-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP.

Cip MediaTek Helio G88 disertakan sebagai tunjang utama peranti dengan padanan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Lain-lain spesifikasi termasuk sistem pengecasan 33W, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, menjalankan antara muka HiOS berasaskan Android 11 dan banyak lagi.

Untuk harga, Pova 3 dijual di Filipina bermula PHP 8999 (~RM756) dengan beberapa pilihan warna seperti Electric Blue, Tech Silver dan Eco Black. Buat masa ini, tiada sebarang informasi lanjut mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran luar.

komen


© Amanz / 2022 Kami