Cari @ Amanz

LG Hadir Dengan 3 Monitor Permainan Baharu – Sokong Paparan 4K, Kadar Segar Semula Hingga 260Hz

Link Copied!

LG kini hadir dengan tiga monitor permainan baharu menerusi pengenalan UltraGear 32GQ950, UltraGear 32GQ850 dan UltraGear 48GQ900. Kesemua monitor dilengkapi dengan teknologi paparan terkini dan pelbagai ciri serta fungsi menarik bagi memenuhi keperluan pengguna.

LG UltraGear 48GQ900 dilengkapi skrin OLED sebesar 47.5-inci 4K UHD dan kadar segar semula 120Hz/ 138Hz (O/C) dengan masa tindak balas 1ms. Ia turut menyokong ciri tambahan seperti pensijilan HDR10 dan 98.5% gamut warna DCI-P3. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 3 x HDMI 2.0, 1 X USB 3.0, 1 x DisplayPort, pembesar suara dua unit dengan output 20W dan banyak lagi.

LG UltraGear 32GQ950 pula dilengkapi skrin sebesar 31.5 -inci 4K UHD berteknologi ATW Polarizer dengan kadar segar semula 144Hz / 160Hz (O/C). Teknologi berkenaan dikatakan mampu meningkatkan keupayaan panel. Seterusnya, skrin mampu menyajikan warna lebih tepat dengan hitam yang benar-benar gelap. Ia turut diperakui VESA DisplayHDR 1000, di samping menawarkan kecerahan puncak pada 1,000 nits. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 2 x HDMI 2.0, 1 X USB 3.0 dan 1 x DisplayPort.

lg

LG UltraGear 32GQ850 pula dilengkapi skrin NANO IPS sebesar 31.5 -inci QHD berteknologi ATW Polarizer dan kadar segar semula 240Hz / 260Hz (O/C) dengan dengan masa tindak balas 1ms. Ia turut diperakui VESA DisplayHDR 1000, di samping menawarkan kecerahan puncak pada 1,000 nits. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 2 x HDMI 2.0, 1 X USB 3.0, 1 x DisplayPort dan lain-lain.

Buat masa ini, tiada harga jualan rasmi yang diketahui. Pada masa sama, ia diumumkan di Jepun terlebih dahulu sebelum dibawa ke beberapa pasaran terpilih lain di waktu akan datang.


Komen ()