Cari @ Amanz

Microsoft Power Pages Membolehkan Laman Web Dihasilkan Tanpa Pengetahuan Kod

Link Copied!

Pembangunan laman web kini tidak sepopular dahulu kerana banyak perniagaan kecil terus melompat ke Facebook dan Instagram sebagai laman web untuk mempromosikan jenama mereka. Tetapi laman web yang dikendalikan sendiri adalah lebih bebas kerana anda boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan namun ramai yang tidak mampu menghasilkannya sendiri kerana tidak mempunyai kemahiran kod.

Microsoft Power Pages ialah perisian ke lima di bawah keluarga Power yang dilancarkan oleh Microsoft. Menerusi perisian ini, laman web boleh dibangunkan tanpa pengguna mempunyai kemahiran kod yang asas. Gunakan tempat sedia ada untuk melancarkan laman web peribadi dengan sepantas kilat.

Pada waktu yang sama Power Pages juga memberikan sokongan untuk ciri pengguna yang lebih mahir dengan sokongan JavaScript, API laman web, dan banyak lagi untuk memberikan lebih banyak ciri pada laman web perniagaan.

Terdapat juga kandungan tutorial dari Microsoft untuk pengguna memasukkan elemen yang lebih rumit atau mempelajari pembangunan web yang lebih teknikal.


Komen ()