Carian
Pembentangan TCL Mengatakan Sony Dan Microsoft Akan Memperkenalkan Kemaskini Konsol Menjelang 2023-2024
May 26, 2022 Nazrin

Sony dan Microsoft telah melancarkan konsol permainan video mereka lebih dari setahun yang lalu, dan jika anda mengikuti perkembangan konsol-konsol sebelum ini, anda pastinya tahu bahawa kedua-dua syarikat ini akan memperlihatkan kemaskini kepada konsol tersebut beberapa tahun selepas pelancaran.

Terkini ia telah dilaporkan bahawa syarikat pembuat paparan skrin dan televisyen TCL telah meniriskan butiran mengenai konsol PlayStation 5 Pro dan kemaskini kepada konsol Xbox Series X sewaktu sebuah acara pembentangan produk di Poland baru-baru ini.

TCL mengatakan bahawa apabila konsol tersebut dilancarkan, ia akan hadir dengan prestasi grafik setaraf AMD Radeon RX 7700XT dan boleh mengolah grafik pada resolusi 8K dan kadar segar semula 60-120FPS.

Mereka juga menjangkakan bahawa konsol-konsol ini akan hadir di pasaran sekitar 2023 ke 2024 kelak, dan ia menarik sekiranya konsol-konsol ini benar-benar akan diperkenalkan, khususnya apabila pengguna masih lagi mendapati ia sangat sukar untuk membeli konsol PlayStation 5 di pasaran hari ini.

Komen