Barisan tablet Realme dikemaskini dengan variasi baharu lagi menerusi pengenalan Realme Pad X. Ia hadir dengan penambahbaikan lebih menarik berbanding model terdahulu dan hadir dengan stylus. Turut melengkapi tablet adalah beberapa aksesori tambahan seperti papan kekunci pintar fizikal dan kerangka pelindung khas.

Tablet ini dilengkapi skrin 11-inci LCD beresolusi 2K, dijana Snapdragon 695, memori sehingga 6GB RAM, storan mencapai 128GB, kamera utama 13-megapixel dan bateri sebesar 8,340mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tidak ketinggalan, empat pembesar suara yang disertakan pula menyokong sistem audio Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.


Untuk harga, Realme Pad X dijual pada RMB1299 (~RM848) (GB/64GB) dan RMB1599 (~RM1,045) (6GB/128GB). Aksesori tambahan turut dijual secara berasingan dengan harga RMB499 (~RM326) untuk stylus magnetik, RMB399 (~RM261) untuk papan kekunci pintar dan RMB99 (~RM65) untuk kerangka pelindung khusus. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China.
- Sumber
- Sumber : Realme China