Matter adalah piawaian terbaru yang dicipta khusus untuk peranti berhubung. Dengan piawaian ini, peranti pintar seperti lampu, mentol, pintu pintar dan banyak lagi mudah disambungkan dengan produk Apple, Google, Amazon, Xiaomi dan banyak lagi.
Ikea juga mempunyai ekosistem tersendiri seperti lampu, bidai dan sebagainya. Terkini mereka telah hadir dengan DIREGERA sebuah hab Matter untuk mengawal peranti pintar ini.
Menurut Ikea dengan Dirigera yang menggunakan Matter, produk-produk pintar mereka akan lebih mudah untuk disambungkan dan digunakan bersama dengan barangan lain mereka seperti TRÅDFRI. Ikea turut hadir dengan aplikasi Ikea Home serba baharu untuk tujuan kawalan peranti-peranti ini.
Buat masa ini, hab ini masih belum dijual lagi. Turut tidak pasti jika hab ini akan dijual di pasaran meluas termasuk di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.