Peranti Vivo di bawah siri T bakal dikemaskini dengan beberapa variasi baharu. Antaranya adalah Vivo T2 yang telah disahkan tiba dengan cip Snapdragon 870 dan pengecasan pantas 80W. Ia bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi kerana harga jualan peranti masih menjadi teka-teki.


Terkini, muncul sebuah lagi model di bawah siri yang sama dengan nama Vivo T2X. Ia dikhabarkan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1300, sekaligus besar kemungkinan turut dilengkapi 5G secara terbina. Bateri yang disertakan pula sebesar 6,000mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W.
Melengkapi telefon pintar ini adalah skrin sebesar 6.58-inci LCD beresolusi FHD+ dan kamera utama sebesar 50-Megapixel. Vivo T2X dijangka diperkenalkan secara rasmi seiring dengan Vivo T2 pada 6 Jun 2022. Bagi melihat penawaran lebih lanjut, sama-sama nantikan.