Cari @ Amanz

Aplikasi MySejahtera kini tidak lagi digunakan dengan kerap kerana ia tidak lagi diwajibkan sejak 1 Mei yang lalu. Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah mengaktifkan semula penggunaan MySejahtera bagi tujuan pemantauan pelawat yang datang ke Malaysia dari negara-negara yang berisiko tinggi.

Pelawat dari negara Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Belanda, Cameroon, Central African Republic, Kongo, Nigeria, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden, dan UK akan menerima notifikasi dalam MySejahtera bahawa mereka berisiko.

Aplikasi juga akan digunakan sepanjang tempoh pemantauan dari rumah bagi pesakit sekiranya penyakit ini dikesan di Malaysia. Pada waktu terdapat lebih 200 kes cacar monyet dilaporkan seluruh dunia tetapi masih tiada lagi di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd