Cari @ Amanz

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka – Tawar Kemudahan Seperti iPad, Bilik Robotik

Oleh Aman

Link Copied!

Perpustakaan Islam Digital kini dibuka di Pulau Pinang, sekaligus menyediakan akses kepada buku elektronik kepada para pengguna.

Melalui perpustakaan ini, ia menyediakan kemudahan seperti iPad untuk membaca buku digital, ruang bacaan, bilik perbincangan, ruangan kanak-kanak, disamping turut mempunyai bilik robotik.

Perpustakaan ini tersedia untuk diakses orang ramai dari hari Isnin ke Sabtu, dan yuran keahlian untuknya adalah RM60 untuk orang awam, dan RM30 untuk para pelajar.

Perpustakaan elektronik dijana oleh Elib, membolehkan para pengguna untuk meminjam pelbagai buku untuk dibaca secara digital pada bila-bila masa.

Perpustakaan digital ini juga menyediakan bilik robotik dengan kemudahan pengaturcaraan robotik dan dron.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman PIDL hari ini, dan mengunjunginya apabila berada di Pulau Pinang. Disamping itu, khidmat Digital Library juga turut boleh diakses oleh pengguna, dijana oleh Elib.


Komen ()