Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Multiedia, TS Annuar Musa kini mengatakan pengenalan dan pengedaran tablet percuma dibawah inisiatif PerantiSiswa kepada para pelajar universiti daripada keluarga B40 ditangguhkan sedikit berbanding awal.

Pada awalnya, pengedaran tablet percuma ini disasarkan sekitar pertengahan Jun 2022. Namun, disebabkan penangguhan terbaru, kini ia disasarkan sekitar pertengahan Julai 2022 kelak.

Penangguhan ini dikatakan disebabkan oleh tender awal dibatalkan oleh kementerian kewangan. Tender baharu dikatakan telah dikeluarkan, dan sejumlah firma disenarai-pendek. Keputusan akhir dijangka akan dilakukan oleh kementerian kewangan.

Dibawah program #PerantiSiswa ini, sekitar 400,000 pelajar dijangka akan menerima tablet untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran, yang mana perlu dipulangkan selepas tamat pengajian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd