Samsung Galaxy M13 baru sahaja tertiris dalam beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh Evleaks. Terkini, ia didapati telah tersenarai di laman web rasmi Samsung Global. Namun begitu, tiada harga rasmi yang ditemui buat masa ini.
Untuk spesifikasi khusus, ia dilengkapi skrin 6.6-inci FHD+ dengan skrin bertakuk kecil pada panel hadapan. Ia turut dibekalkan dengan cip Exynos 850 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Sebagai tambahan, ia turut menyokong ruang tambahan yang boleh dikembangkan dengan kad mikroSD sehingga 1TB.
Bateri pula sebesar 5000mAh, seterusnya kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12, dilengkapi Samsung Knox, bluetooh 5.0 dan sebagainya.