Cari @ Amanz

Intelligent Earnings, syarikat pengedar peranti pintar gaming Black Shark hari ini telah mengesahkan bahawa siri peranti Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro akan diperkenalkan di pasaran tempatan pada 8 Jun ini.

Black Shark 5 dilihat menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870, manakala Black Shark 5 Pro menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 gen 1 dengan penawaran memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB UFS 3.1 + SSD.

Dari segi kamera pula, peranti Black Shark 5 dilengkapi dengan sensor 64MP, manakala Black Shark 5 Pro pula mempunyai sensor 108MP. Kedua-dua model ini hadir dengan sistem kamera tiga lensa, dan kamera pandang hadapan 16MP.

Apa yang diketahui buat masa ini ialah model-model peranti Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro yang akan dijual di Malaysia ialah model dengan gabungan memori dan storan 8GB+128GB dan juga 12GB+256GB.

Kedua-dua peranti ini juga akan hadir dengan pilihan warna Explorer Grey dan Explorer Black untuk Black Shark 5, dan Stellar Black dan Nebula White untuk Black Shark 5 Pro. Harga untuk peranti siri Black Shark 5 ini akan diumumkan di acara pelancaran peranti tersebut kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd