Cari @ Amanz

Shopee hari ini mengumumkan perluasan perkhidmatan penghantaran makanan mereka ke Pulau Pinang, sekaligus menjadikan ia lokasi ketiga ShopeeFood beroperasi.

Sebelum ini, ShopeeFood telah beroperasi di Lembah Klang dan juga Johor Bahru.

Melalui ShopeeFood, orang ramai boleh melakukan tempahan makanan terus ke rumah mereka menggunakan aplikasi Shopee. Anda hanya perlu memilih ikon ShopeeFood daripada aplikasi Shopee, dan memulakan proses tempahan makanan.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna, selain FoodPanda dan juga GrabFood.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd