Teknologi robot digunakan di New York untuk menyelesaikan masalah warga emas yang kesunyian kerana tinggal berseorangan. Robot ElliQ dibangunkan oleh firma Intuition Robotic dilengkapi kecerdasan buatan yang membolehkan ia melakukan perbualan dengan warga emas di rumah.

Selain itu ia menjejak kesihatan mereka, memberikan saranan pemakanan, menggalakkan mereka bersenam dan peringatan untuk mengambil ubat apabila diperlukan. Warga emas turut digalakkan supaya menghubung kaum keluarga untuk bertanya khabar supaya kesihatan mereka sentiasa dipantau sebelum terlambat.

Sebanyak 800 ElliQ akan diberikan kepada warga emas yang layak oleh Pejabat Penuaan New York (NYSOFA) kerana epidemik kesunyian menyumbang kepada masalah mental, kesihatan dan kematian yang tidak disedari sehinggalah terlambat.