Samsung Dilaporkan Akan Kurangkan Pengeluaran Telefon Tahun Ini Berbanding Perancangan

Diterbitkan pada Mei 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung, pengeluar telefon terbesar dunia kini dilaporkan sedang melihat untuk mengurangkan pengeluaran telefon pada tahun ini berbanding perancangan awal.

Mengikut perancangan awal, Samsung sasar untuk mengeluarkan sebanyak 310 juta telefon pada tahun 2022 ini. Namun, kini Samsung dijangka akan mengurangkan pengeluaran sekitar 30 juta unit, menjadikan mereka mengeluarkan sekitar 280 juta unit telefon sahaja pada tahun 2022 ini.

Antara sebab untuk pengurangan pengeluaran ini adalah termasuk dari segi inflasi yang berlaku di seluruh dunia yang memberikan kesan terhadap perbelanjaan pada produk baharu. Disamping itu, kekurangan cip dan pengeluaran komponen lain turut memberikan kesan terhadap sasaran pengeluaran tahunan ini.

Mengikut data awal suku pertama 2022 ini, pasaran telefon pintar secara keseluruhan dilihat berkurangan sebanyak 11% berbanding sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami