HTC Tangguh Pengenalan Telefon Baharu Disebabkan Oleh Masalah Bekalan

Diterbitkan pada Mei 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC pada awal tahun ini telah diperkatakan bakal memperkenalkan telefon pintar baharu, dengan fokus terhadap arena metamesta. Namun, sehingga kini kita masih tidak mendengar sebarang perkara berkaitan dengannya.

Terbaru, melalui apa yang dilihat dikongsikan oleh HTC Taiwan beberapa minggu lepas, ia dilihat HTC turut terkesan dengan masalah bekalan komponen dan cip – sekaligus membawa kepada penangguhan telefon pintar baharu oleh HTC.

Buat masa ini, HTC tidak berkongsi sebarang tarikh pengenalan telefon baharu mereka. Sudah beberapa tahun sejak kita melihat HTC memperkenalkan telefon berspesifikasi tinggi yang dipasarkan meluas dibawah siri “One”. 

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama-sama kita nantikan perkembangan HTC, dan apakah kejutan yang disediakan oleh mereka melalui telefon baharu pada 2022 ini.

Sumber : WinFuture

komen


© Amanz / 2022 Kami