iQiyi Mencatatkan Keuntungan Suku Tahunan Pertama Selepas Sekian Lama Kerugian

Diterbitkan pada Mei 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQiyi, salah satu perkhidmatan penstriman yang turut popular di Malaysia, kini mencatatkan keuntungan suku tahunan buat pertama kalinya selepas sekian lama mengalami kerugian. Keuntungan ini berjaya dicatatkan selepas iQiyi melakukan pemotongan dari segi operasi, mengurangkan perbelanjaan terhadap pekerja dan kandungan, serta memfokuskan kepada kandungan premium sahaja.

Pada suku tahunan pertama 2022 ini, iQiyi mencatatkan keuntungan sebayak 169.1 juta yuan (RM110 juta).

iQiyi mengatakan mereka akan memfokuskan penggunaan teknologi dalam membantu pengurusan yang lebih efisien pada syarikat mereka.

iQiyi sebelum ini telah meningkatkan sedikit harga langganan mereka di Malaysia – daripada RM8.90 kepada RM11.90 sebulan.

CEO iQiyi menyasarkan supaya pencapaian ini dapat diaplikasikan untuk suku tahunan akan datang, sekaligus memberikan harapan dalam arena penstriman yang sering dilabelkan dengan kerugian dan persaingan yang sangat sengit.

komen


© Amanz / 2022 Kami