Google Drive Versi Web Menambah Pintasan Kekunci Untuk “Copy, Cut, Paste”
May 28, 2022
Google
Aman
Google kini menambah sokongan pintasan kekunci popular ke Google Drive versi web, sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan salinan atau pindahkan dokumen ke sesuatu folder.
Ciri berkenaan, iaitu pintasan kekunci “Copy, Cut, Paste” boleh diakses dengan menekan kekunci “Ctrl + C” untuk salin, “Ctrl + X” untuk “Cut”, dan juga “Ctrl + V” untuk “Paste”.

Dengan langkah ini, ia sekaligus mempercepatkan lagi proses memindahkan sesuatu dokumen ke lokasi lain pada Google Drive.
Disamping itu, Google Drive versi web juga kini menambah pintasan Ctrl + Enter untuk memudahkan anda membuka fail dan dokummen pada tab baharu di Google Chrome.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.