Setiap tahun, ratusan pokok ditebang dan digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan kayu, dari perabot ke pelbagai perkara. Perkara ini sekaligus membawa kepada pelbagai tentangan, terutamanya apabila kawasan hutan tidak dijaga dan ditebang tanpa kawalan.
Kini, dalam usaha mengatasi perkara berkenaan, sebuah pasukan saintis di MIT kini berjaya menghasilkan bahan seumpama kayu untuk menghasilkan produk – sekaligus membolehkan pembalakkan dikurangkan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2022/05/MIT-Pokok-Cetak-3D.jpeg)
Melalui apa yang dihasilkan, ia menggunakan beberapa bahan untuk mengekalkan kadar ketumpatan dan keteguhan untuk bahan seumpama kayu. Ia seterusnya boleh digabungkan dengan teknik percetakkan 3D dalam memudahkan penghasilan sebarang produk dengan mudah.
Dengan langkah ini, selain mengelak pokok perlu ditebang, ia juga turut mengelak sebarang pembaziran – kerana segalanya dicetak secara 3D dan tidak menghasilkan pembaziran bahan yang tidak digunakan.
Buat masa ini, perkara ini dilaksanakan pada peringkat kajian. Ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan dikomersilkan secara meluas atau tidak.
- Sumber : MIT