Cari @ Amanz

Realme sebelum ini sedia hadir dengan GT Neo3 yang merupakan peranti kelas pertengahan premium lengkap dengan cip Dimensity 8100. Ia juga ditawarkan dalam dua variasi berbeza dengan pilihan sistem pengecasan 80W dan 150W.

Terkini, Realme dilihat bakal hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai Realme GT Neo 3T, ia bakal dilancarkan secara global tidak lama lagi. Namun begitu, belum ada sebarang tarikh khusus yang dikongsi buat masa ini.

Dalam masa sama, poster pelancaran hanya menunjukkan peranti seakan mempunyai tubuh yang berkotak. Ia kemudiannya dipadankan dengan panel hadapan sejenis berlubang bersama sokongan kamera swafoto tunggal.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi peranti yang dikongsi oleh Realme. Menurut spekulasi awal, peranti mungkin dilengkapi skrin 6.5-inci AMOLED, Snapdragon 870, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera 64MP dan menjalankan Android 12.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd