Elon Musk Rancang Untuk Buka Restoran Tesla Beroperasi 24 Jam

Diterbitkan pada Mei 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk kini dilihat ingin membuka sebuah restoran 24 jam dibawah jenama Tesla.

Melalui dokumen yang dihantar oleh Tesla, syarikat kereta elektrik berkenaan merancang untuk membuka sebuah restoran Tesla beroperasi 24 jam di Hollywood. Restoran berkenaan turut dijangka akan hadir dengan stesen pengecasan pantas, selain pawagam terbina untuk memudahkan orang ramai menonton dan meluangkan masa di lokasi tersebut.

Ia akan menggunakan konsep dimana makanan dihantar terus ke kereta, dimana pengunjung duduk dalam kereta, sambil mengecas dan menonton filem.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah restoran ini akan dilancarkan secara rasminya – tetapi ia semestinya akan menjadi salah satu destinasi yang ingin dikunjungi pemilik Tesla.

komen


© Amanz / 2022 Kami