Cari @ Amanz

Samsung nampaknya terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti mudah-alih, dan mencatatkan pegangan pasaran telefon pintar tertinggi sejak tempoh 5 tahun lepas pada bulan April 2022.

Menurut Counterpoint Research, Samsung mencapai pegangan pasaran sebanyak 24% pada April 2022 lepas. Ini bermakna satu daripada empat telefonn yang terjual pada April lepas adalah telefon Samsung.

Kali terakhir Samsung mencatatkan angka yang tinggi adalah pada April 2017 lepas, dengan pegangan pasaran sekitar 25%.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada Samsung akan berjaya mengekalkan pegangan pasaran mereka paada bulan-bulan akan datang ataupun tidak. Dengan lebih banyak peranti baharu dirancang pengenalannya dalam minggu-minggu akan datang, kini Samsung mempunyai cabaran tersendiri dalam mengekalkan pegangan pasaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd