Carian
Instagram Menguji Paparan Gambar Lebih Besar, Termasuk Muat-Naik Gambar Skrin Penuh 9×16
May 29, 2022 Aman

Instagram sehingga kini mengehadkan perkongsian kepada gambar bersaiz 1×1, atau saiz gambar yang dikecilkan paparannya. Namun, dengan fokus terhadap Reels, Instagram kini dilihat turut memfokuskan kepada ciri muat-naik gambar pada saiz skrin penuh dengan nisbah 9×16.

Dengan langkah ini juga, Instagram dijangka akan membawa kepada kaedah interaksi halaman utama yang menyeluruh – dan mungkin menggantikan paparan garis masa kepada paparan berbentuk Reels sepenuhnya.

Buat masa ini, TikTok mempopularkan kaedah interaksi menatal ke atas dalam melihat sesuatu perkongsian – dan mungkin ia turut dibawa ke sejumlah aplikasi lain.

Komen