iOS 16 Akhirnya Akan Menyertakan Ciri “Always-On Display” Pada iPhone 14 Pro

Diterbitkan pada Mei 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple bakal memperkenalkan iOS 16 pada acara WWDC tidak lama lagi, dan beberapa info awal berkaitan dengannya mula kedengaran.

Terbaru, Bloomberg berkongsi mengatakan iOS 16 akhirnya akan membawakan ciri Always-On Display pada iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Apple dijangka akan menggunakan kaedah sama seperti pada Apple Watch untuk ciri AOD pada iPhone ini. Ia akan mengurangkan kadar segar semula skrin, serta memaparkan informasi ringkas untuk rujukan pengguna iPhone.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Apple akan memperluaskan penawaran ciri ini untuk model-model lain atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami