Cari @ Amanz

Apple Dijangka Menambah Lebih Ciri Umpama Media Sosial Pada iMessage

Oleh Aman

Link Copied!

Apple sedia menawarkan sejumlah crii-ciri tambahan menarik melalui aplikasi permesejan terbia mereka, Messages. Terbaru, melalui laporan Bloomberg, ia dijangka Apple menambah lebih banyak ciri menjadikan ia seumpama media sosial melalui iOS 16 kelak.

Pada hari ini sendiri, Apple sedia menyokong pelbagai ciri mini daripada pembangun melalui aplikasi permesejan mereka. Melalui iOS 16, Apple dijangka akan memberikan lebih fokus terhadap permesejan berasaskan audio.

Pelbagai syarikat memberikan fokus terhadap arena audio akhir-akhir ini, dan tidak diketahui lagi bagaimana Apple ingin menawarkan inovasi dalam arena ini. Dengan ciri seumpama media sosial, ia seperti akan membuka akses kepada lebih ramai mendengar dan mengetahui sesuatu perkembangan. Dan Apple sendiri dengan sentiasa memfokuskan privasi, menjadikan ramai tertanya apakah ciri yang ingin diperkenalkan oleh mereka.

Apple menjadualkan acara WWDC pada awal Jun ini, dimana lebih banyak info berkaitan dengannya dijangka akan dikongsikan.


Komen ()