Carian
DeLorean Kembali Ke Arena Automotif Dengan Alpha5 Berkuasa Elektrik Tanpa Kemampuan Merentas Masa
May 31, 2022 Effi Saharudin

DMC DeLorean ialah kereta ikonik yang sinonim dengan filem Back to The Future kerana ia digunakan sebagai mesin rentas masa. Syarikat ini muflis pada tahun 1982 kerana masalah kewangan yang disebabkan oleh kereta yang sebenarnya bermasalah. Sungguhpun begitu nama syarikat masih dikenali ramai sehingga sekarang.

Semalam DeLorean Alpha5 telah diperlihatkan sebagai kembalinya mereka ke arena automotif. Alpha5 tidak hadir dengan ciri merentas masa tetapi ia dilengkapi dengan sistem elektrik sepenuhnya. Ia boleh memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 2.99 saat dan mencecah kelajuan maksimum 250 km/j.

Tiada maklumat mengenai jenis motor serta outputnya diumumkan tetapi menurut DeLorean, Alpha5 boleh bergerak sehingga 482 km dengan sekali caj menerusi bateri sebesar 100 kWh. Kenderaan mengekalkan rekanan pintu sayap camar yang ikonik dibuka ke atas tetapi dar segi rekaan tubuh pula Alpha5 jauh lebih aerodinamik. Tubuh DMC DeLorean yang berkotak-kotak digantikan dengan tubuh beralun yang lebih moden.

Kenderaan akan dilancarkan secara rasmi pada Ogos hadapan dengan hanya 88 unit akan dihasilkan. Pemilik Alpha5 turut hanya boleh menggunakannya di litar kerana ia tidak boleh digunakan di jalan terbuka. Harga jualan juga belum diumumkan.

Komen