Google sedia mengintegrasikan beberapa ciri-ciri memfokuskan kesihatan pada sistem operasi Android. Antaranya termasuk menjejak langkah perjalanan, denyutan nadi dan beberapa yang lain.
Kini, dalam memperluaskan lagi ciri kesihatan, Google dilihat akan mengintegrasikan ciri mengesan dengkur dan batuk ketika tidur terus pada telefon pintar mereka.
Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pengesanan corak tidur yang lebih efektif lagi.
Ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua, atau akan eksklusif kepada pengguna Pixel untuk peringkat awal.
Sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini secara rasminya tidak lama lagi.