Cari @ Amanz

MIROS telah pun membangunkan sebuah prototaip Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal dalam usaha untuk menjaga para penunggang motosikal dan mengelak pelanggaran dengan kenderaan lain.

Sistem ini akan dipasangkan pada motosikal, dan akan memberi amaran kepada penunggang motosikal dalam masa yang mencukupi, seterusnya memberi ruang kepada penunggang motosikal untuk mengelak pelanggaran secara selamat.

Dengan ini juga, ia akan mengurangkan kemalangan, dan pada masa yang sama melindungi para penunggang motosikal.

Selari dengan pembangunan prototaip ini juga, kini MIROS bekerjasama dengan PLUS untuk meluaskan kajian, dan sedang mencari 45 orang peserta kajian bermula seawal Jun 2022 ini. Sistem ini akan diuji untuk tempoh tiga bulan, dan hasil daripadanya akan dikeluarkan pada suku pertama 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd