Honor telah pun melancarkan peranti pintar terbaru mereka iaitu siri Honor 70. Ia hadir dengan tiga model iaitu Honor 70, Honor 70 Pro dan Honor 70 Pro Plus. Kesemua peranti ini adalah peranti kelas pertengahan premium, yang mana masing-masing menawarkan ciri dan fungsi unik tersendiri.
Honor 70
Honor 70 adalah model paling asas dalam siri ini. Skrin yang digunakan adalah 6.67-inci OLED FHD+, turut menyokong kadar segar semula 120Hz, dan mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin. Ia dijana dengan cip Snapdragon 778+ yang dipadankan dengan memori mencapai 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk kamera ia menggunakan konfigurasi 54+50+2 Megapixel dan kamera swafoto 32 Megapixel. Sistem operasi yang digunakan adalah Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 juga. Bateri pula adalah 4800mAh dengan pengecasan pantas yang hanya terhad pada 66W.

Harga jualan adalah RMB 2,699 (~RM1767) untuk 8/256 GB, RMB 2,999 (~RM1963) untuk 12/256 GB dan RMB3,399 (~RM2225) untuk 12/512 GB.
