Honor 70 Pro+ Kini Rasmi Dengan Dimensity 9000, Variasi Pro Menggunakan Dimensity 8000

Diterbitkan pada Mei 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor 70 Pro Plus dan Honor 70 Pro telah dilancarkan secara rasminya di China, hari ini. Kedua-duanya hadir dengan rekaan dan sejumlah besar perkakasan yang sama. Perbezaan utama terletak pada sokongan cip pemprosesan pada peranti.

Melaluinya, Honor 70 Pro Plus menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000, sementara itu Honor 70 Pro pula dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8100. Lain-lain spesifikasi adalah sama, di mana peranti lengkap dengan panel hadapan 6.78-inci sejenis OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Honor menggunakan panel keluaran BOE untuk kedua-dua peranti ini.

Seterusnya, ia turut dilengkapi sistem tri-kamera dengan tetapan 54MP (f/1.9) (Sony IMX800) + 50MP (f/2.2) (ultra-lebar) +8MP (f/2.4) (telefoto & OIS). Kamera hadapan pula sebesar 50MP (f/2.4). Bateri pula sebesar 4500mAh dengan sistem pengecasan 100W. Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G terbina, menjalankan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga, Honor 70 Pro dijual pada RMB3699 (~RM2,425) (8GB/256GB) dan RMB3999 (~RM2,622) (12GB/256GB). Sementara itu, Honor 70 Pro+ pula berharga RMB 4,299 (~RM2,815) (8GB/256GB) dan RMB4599 (~RM3,011) (12GB/256GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami