Cari @ Amanz

Selepas tertiris dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Vivo T2x akhirnya diperkenalkan secara rasminya di China. Ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1300 dan sekaligus menjadikan antara peranti pintar terawal yang menggunakannya.

Untuk spesifikasi lengkap, ia menggunakan skrin sebesar 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula berkapasiti 6000mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W.

Sistem dwi-kamera digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menjalankan OriginOS 2.0 berasaskan Android 12, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

Untuk harga, ia dijual pada RMB1599 (~RM1048) (8GB/128GB) dan RMB1799 (~RM1179) (8GB/256GB) dengan beberapa pilihan warna seperti Black dan Blue.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd