Cari @ Amanz

Infinix Malaysia telah memuat naik beberapa entri yang menunjukkan mereka bakal hadir dengan peranti baharu lagi. Buat masa ini, mereka masih berteka-teki mengenai nama model secara khusus. Tetapi, gambaran yang dikongsi menunjukkan rekaan untuk sebuah Infinix Note 12 dengan cip MediaTek Helio G96. Ia bagaimanapun masih satu spekulasi awal sahaja.

Seterusnya, Infinix juga bekerjasama dengan permainan berjenis battle royal terkenal iaitu Garena FreeFire untuk penawaran pada peranti berkenaan. Dalam masa sama, tarikh jualan pertama untuknya juga telah dikongsi yang mana bakal bermula pada 10 – 13 Jun 2022.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara ini, sama-sama nantikan kemas kini daripada pihak Infinix Malaysia dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd