Cari @ Amanz

Apple A16 Tidak Akan Menggunakan Teknologi 4nm Seperti Snapdragon 8+ Gen 1

Link Copied!

Ming-Chi Kuo penganalisa teknologi terkemuka mengeluarkan kenyataan baharu semalam yang sekiranya benar akan mengecewakan pengguna iPhone. Menurut beliau cip Apple 16 untuk iPhone 14 kelak akan kekal menggunakan teknologi 5nm TSMC seperti pada A15 Bionic tahun lalu.

Ini berbeza dengan Snapdragon 8+ Gen 1 yang baru dilancarkan dengan teknologi 4nm. Peningkatan akan dilakukan pada CPU dan GPU Apple A16 untuk memberikan kelebihan berbanding A15 Bionic. Sejauh manakah peningkatan ini akan hanya diketahui apabila iPhone 14 dilancarkan pada bulan September kelak.

Dari apa yang boleh dilihat sejak lima tahun yang lalu, cip siri A Apple dengan mudah memberikan prestasi yang lebih baik berbanding cip yang dikeluarkan Qualcomm, Samsung, Huawei dan MediaTek. Mungkin Apple berpuas hati dengan teknologi 5nm dan tidak tergesa-gesa menggunakan teknologi 4nm yang pastinya memberikan peningkatan prestasi lebih baik kelak.


Komen ()