Cari @ Amanz

Pada Disember 2020, Cydia memfailkan saman ke atas Apple kerana mendakwa App Store memonopoli pasaran aplikasi iOS . Apple telah memfailkan rayuan kepada mahkamah untuk menolak saman tersebut kerana didakwa telah melepasi statut limitasi. Tetapi hakim di Amerika Syarikat menafikan rayuan Apple dan mengarahkan kes dibicarakan.

Cydia ialah stor aplikasi popular untuk peranti iOS yang telah menjalani proses jailbroken beberapa tahun yang lalu bagi menambah ciri yang tidak ditawarkan secara rasmi oleh Apple. Ia menghentikan operasi pada tahun 2018 kerana pelbagai halangan yang dikenakan oleh Apple atas sebab-sebab keselamatan pada waktu yang sama tidak lagi menguntungkan pembangunnya Jay Freeman.

Dengan kes diteruskan, Apple berhadapan dengan satu lagi kes saman yang melibatkan pertuduhan monopoli App Store selepas diheret oleh Epic Games sejak lebih setahun lalu. Tim Cook berkeras bahawa membenarkan sideload pada iOS akan mendatangkan risiko sekuriti dan privasi kepada pengguna. Anda pula di pihak tang mana?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd