Kedai serbaneka Family Mart dan Lawson akan menggunakan robot sebagai ganti pekerja yang mengisi semula stok di kedai. Robot ini akan dikawal oleh pekerja manusia dari rumah menggunakan set kepala realiti maya. Syarikat Telexistence yang membekalkan robot ini telah mengumumkan penawaran gaji kepada “pemandu robot” yang berminat dan ianya agak lumayan.

Gaji asas yang ditawarkan ialah 1,450 Yen (~RM50) sejam dengan mereka yang perlu bekerja empat hari sehari dengan syif selama 9 jam sehari. Ia meningkat ke 1800 Yen (~RM62) sejam sekiranya bertugas pada syif malam.
Tetapi tidak seperti rancangan asal, pemandu perlu bertugas dari pejabat Telexistence di Tokyo. Mereka hanya perlu mengambil alih kawalan robot sekiranya berlaku masalah kerana robot-robot telah diprogramkan untuk melakukan tugas mengisi semula stok secara automatik oleh kecerdasan buatan.
Tugas-tugas rencam kini sudah mula digantikan dengan robot serta kecerdasan buatan di Jepun kerana kekurangan tenaga kerja.