Samsung Display Menghentikan Pengeluaran LCD Lebih Awal Daripada Perancangan Asal

Diterbitkan pada Mei 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Era pengeluaran skrin LCD oleh Samsung Display telah berakhir dengan syarikat menghentikan pengeluarannya enam bulan lebih awal berbanding perancangan asal. Menurut laporan Korea Times, langkah diambil bagi mengurangkan kerugian yang akan ditanggung oleh syarikat jika pengeluaran diteruskan.

Harga jualan panel LCD sudah turut ke sekitar 36.6% harga dari tahun 2014. Saingan yang diberikan oleh BOE dari China dan AU Optronics dari Taiwan membuatkan pengeluaran panel LCD tidak lagi menguntungkan untuk Samsung Display.

Pada asalnya Samsung Display ingin menghentikan pengeluaran panel LCD pada tahun 2020 tetapi meneruskannya akibat permintaan semasa pandemik. Tumpuan Sasmung Display kini diberikan kepada pengeluaran panel OLED dan Quantum Dot yang lebih terkini dengan Apple antara pelanggan utama mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami