Cari @ Amanz

Prototaip Google Pixel 7 Pro Tersenarai Di Laman eBay

Link Copied!

Tidak pasti sengaja atau tidak, Google kerap membiarkan produk prototaip mereka tercicir merata tempat. Pixel 4 XL yang belum dilancarkan pernah muncul di Malaysia beberapa tahun lepas berbulan sebelum pelancaran dan bulan lepas, Pixel Watch pula dijumpai di sebuah restoran.

Terkini, peranti yang jelas kelihatan adalah sebuah Pixel 7 Pro tersenarai dilaman e-dagang eBay dan telah pun dibuang. Tetapi sumber sempat menyimpan gambar sebenar peranti tersebut.

Kita boleh lihat peranti ini dengan bar kamera aluminium bersama sensor kamera yang telah Google dedahkan dalam acara Google I/O beberapa minggu lalu. Peranti ini tidak didedahkan spesifikasi penuhnya, tetapi dijangka akan dijana dengan cip Tensor generasi baharu.

Panel skrin dikatakan kekal sama dengan apa yang digunakan pada Pixel 6. Untuk Pro ia menggunakan saiz 6.7 atau 6.8 inci, manakala model biasa mungkin hadir dengan saiz lebih kecil sekitar 6.3-inci. Tidak pasti di mana pemilik akaun eBay ini menemui prototaip Pixel 7 Pro, tetapi tidak terkejut jika ia semua adalah orang dalam.

Pixel 7 hanya akan akan dilancarkan sekitar suku terakhir tahun ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.


Komen ()