Realme telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran baharu di bawah siri GT Neo3. Melaluinya Realme GT Neo3T bakal diumumkan dan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 7 Jun 2022. Realme juga sedia mengacah kehadirannya untuk beberapa pasaran berbeza tetapi Indonesia dilihat menjadi antara terawal yang bakal menerima penawarannya.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi peranti yang dikongsi oleh Realme. Menurut spekulasi awal, ia mungkin dilengkapi skrin 6.5-inci AMOLED, Snapdragon 870, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera 64MP dan menjalankan Android 12. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan ia hanyalah sebuah Realme Q5 Pro yang dijenamakan semula.