Tidak dapat disangkal lagi bahawa industri hiburan adalah antara yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dahulu. Ia kerana ada tayangan filem-filem di pawagam yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu di beberapa buah negara bagi membendung penularan wabak berjangkit yang melanda dunia.
Ini menyebabkan ada segelintir di antara kita yang lebih gemar untuk menonton filem di platform penstriman haram daripada menunggunya ditayangkan di wayang atau disiarkan di platform penstriman yang sah. Jika anda adalah salah seorang daripadanya, anda perlu tahu ia adalah berbahaya jika terlibat dalam jenayah cetak rompak daripada penstriman haram ini.
Kenapa Ia Dikira Sebagai Jenayah?
Proses muat turun, menggunakan, menstrim dan mengedarkan kandungan daripada atau kepada platform yang tidak sah dikategorikan sebagai satu jenayah cetak rompak. Perkara ini tidak hanya terhad kepada filem sahaja, sebarang aktiviti salah guna kandungan muzik, buku, dan permainan daripada platform atau peranti penstriman yang dilarang juga dikira sebagai satu jenayah. Malah kerajaan Malaysia telah mengeluarkan akta khas untuk jenayah ini, iaitu Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.
Pelaksanaan ini dijalankan bagi membendung jenayah cetak rompak daripada terus berleluasa dimana ia seterusnya akan memberi impak kepada ekonomi negara Malaysia dan memberi risiko kepada beribu-ribuan peluang pekerjaan yang ada.
Apa Bahayanya Jika Anda Terlibat Dengan Jenayah Cetak Rompak?
Antara sebab platform-platform penstriman haram ini tidak selamat untuk digunakan kerana ia berpotensi untuk memuat turunkan fail virus kepada peranti yang anda gunakan untuk menstrim. Kebiasaannya, virus-virus ini akan muncul dalam bentuk tetingkap terapung atau “pop-ups” yang menjengkelkan dan jika anda terklik tanpa sengaja, ia akan membawa anda kepada satu laman yang mengandungi virus yang akan merosakkan prestasi peranti anda.
Laporan Time to Compromise oleh Asia Video Industry Association (AVIA) telah melaporkan bahawa pengguna biasa yang melawat platform ini boleh digodam oleh perisian hasad yang seterusnya akan memberi ancaman kepada peranti Windows dalam hanya masa 42 saat, dan 78 saat sahaja kepada peranti Android anda. Satu organisasi penyelidikan, iaitu Veri-Site pula melaporkan 79% laman cetak rompak ini juga sering menyertakan pautan PUP (potentially unwanted programs) dan perisian hasad dalam bentuk yang kita tidak jangka.
Selain merosakkan prestasi peranti anda, virus-virus ini juga berupaya untuk mencuri data anda tanpa persetujuan anda. Ia akan menjejak segala pergerakan dan aktiviti anda pada peranti tersebut untuk mengumpul segala maklumat peribadi anda. Inilah antara puncanya anda akan dapat mesej-mesej atau panggilan aneh daripada individu yang tidak dikenali.
Malah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman juga telah melaporkan bahawa mereka telah menerima sehingga 16,000 kes penipuan atas talian bernilai RM380 juta. Tidak mustahil beberapa peratus di antara kes-kes ini adalah mangsa daripada virus-virus yang mencuri data anda daripada platform penstriman yang haram. Oleh sebab itulah anda perlu melanggan platform penstriman yang sah agar tidak terjerumus dalam masalah penipuan atas talian dan juga didenda atas salah guna kandungan di platform yang melanggar undang-undang.
Selain itu, platform yang tidak sah ini juga mungkin berbahaya jika anda sudah bekeluarga kerana kandungannya lebih sukar untuk dikawal bagi tontonan dibawah umur. Jadi, anak-anak anda berpotensi untuk dapat akses kepada kandungan yang tidak baik dengan lebih mudah.
Jadi, Bagaimana Untuk Menghindar Daripada Terlibat Dengan Masalah Ini?
Anda disarankan untuk tidak klik atau melayari mana-mana platform yang dilihat tidak meyakinkan kesahihannya. Sebenarnya, banyak juga platform penstriman yang sah yang anda boleh dapatkan pada harga yang mampu milik. Antara laman penstriman sah yang anda boleh langgan adalah seperti Astro GO, HBO GO, Netflix, Disney+ Hotstar, TVBAnywhere+, iQIYI dan banyak lagi. Malah, jika anda ingin melanggan kesemua platform sah ini didalam satu bil, boleh pertimbangkannya untuk melanggan pakej yang ditawarkan oleh Astro.
Ini adalah salah satu cara yang membolehkan anda menikmati pelbagai jenis kandungan dan dalam masa yang sama mengaksesnya secara sah serta tidak terlibat dalam jenayah cetak rompak. Antaranya adalah melanggan servis penstriman yang sah. Anda juga boleh mendidik orang kesayangan anda tentang bahayanya cetak rompak digital supaya mereka menjauhi jenayah tersebut.
Jika anda mendapati terdapat platform-platform penstriman haram yang masih beroperasi secara berleluasa, anda boleh laporkan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/6245 di Pusat Perintah Penguatkuasaan, WhatsApp di 019-279 4317/019-848 8000, emel kepada [email protected], atau juga membuat aduan melalui aplikasi ezAdu.
Penafian : Advertorial daripada Astro