Persoalan akhirnya terjawab apabila Infinix Malaysia kini berkongsi lanjut mengenai penawaran peranti baharunya. Peranti berkenaan adalah Infinix Note 12 dengan MediaTek Helio G96 dan ia ditawarkan pada harga bermula RM796 (8GB/128GB) atau RM869 (8GB/256GB).

Ia bagaimanapun boleh didapati pada harga promosi lebih rendah iaitu RM679 (8GB/128GB) dan RM779 (8GB/256GB) menerusi jualan pertama yang bakal bermula pada 10 – 13 Jun 2022. Dalam masa sama, Infinix turut hadir dengan promosi menarik untuk Infinix Note 12 (G88) yang boleh dibeli pada harga serendah RM649.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Note 12 (G96) menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia turut dilengkapi cip MediaTek Helio G96 dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan sistem penyejukan dengan binaan 10 lapisan graphene untuk aliran haba lebih baik.
Kamera pula terdiri dengan 50MP +2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W, pembesar suara stereo, menyokong RAM maya mencapai 5GB dan sebagainya.
- Sumber
- Sumber : Infinix Malaysia