Carian
MDEC Memberi Amaran Tentang Sindiket Penipuan SMS Yang Sedang Berleluasa
May 31, 2022 Nazrin

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan yang menggunakan nama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dengan menawarkan penawaran pekerjaan, perkhidmatan pelaburan wang dan pelbagai pakej kewangan dibawah badan ekonomi tersebut.

MDEC telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua mesej-mesej yang dihantar melalui emel, SMS, WhatsApp, Telegram, iMessage dan sebagainya ini adalah palsu. MDEC tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan pelaburan ataupun pinjaman wang, dan tidak akan sesekali menghantar notis mengenai peluang pekerjaan melalui perkhidmatan permesejan juga.

Mereka juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengetik sebarang pautan yang terkandung didalam mesej-mesej ini, dan untuk tidak membalas kepada mesej-mesej yang dihantar ini, kerana dikhuatiri ia sebuah taktik kejuruteraan sosial untuk mendapatkan akses kepada data peranti anda melalui jarak jauh.

Ia disyorkan bahawa anda memadamkan mesej-mesej seperti ini apabila anda menerimanya, dan sebagai langkah tambahan, masukkan nombor tersebut kedalam senarai hitam supaya anda tidak menerima mesej tersebut di masa akan datang.

MDEC juga mengatakan mereka sedang menyiasat dalang disebalik sindiket penipuan SMS ini dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya keatas pihak-pihak yang bertanggungjawab tersebut.

Komen