ZTE kini hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, ZTE Blade V40 Vita telah dilancarkan dengan tanda harga RM599. Ia boleh didapati menerusi kedai atas talian ZTE di Shopee dengan beberapa pilihan warna seperti Zus Black dan Pine Green.

Untuk spesifikasi, ZTE Blade V40 Vita dilengkapi skrin 6.75-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dilengkapi dengan pemprosan Unisoc T606 dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 6000mAh yang menyokong sistem pengecasan 22.5W. Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP.